Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Latihan

Slide3.png

Bahagian Latihan dan Pusat Sumber lebih memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia secara proaktif terhadap 'core-business' yang utama iaitu penyelarasan Kursus dan Latihan disamping tugas-tugas biasa dilaksanakan sebelum ini.



TUGAS-TUGAS & PERANAN

Kursus - dikhususkan kepada pembinaan untuk meningkatkan kepakaran seperti: 

Mengatur dan menyelaras penempatan kerja bagi dalam mahupun luar negeri. 
Menyelaras permohonan kursus jangka panjang luar dan dalam negeri (LDP) 
Menyelaras permohonan kursus jangka pendek dalam dan luar negeri 
Menjemput pakar-pakar luar negeri bagi Bahagian-Bahagian di Jabatan Belia dan Sukan yang memerlukan bagi mengendali kursus. 
Menghantar pegawai dan kakitangan jabatan ini untuk menghadiri mesyuarat, kursus luar negeri bagi yang berkenaan. 
Latihan - dikhususkan kepada penyediaan keperluan latihan yang berbentuk physical dan praktikal kepada: 

Pegawai dan kakitangan yang memerlukan dan bersesuaian. 
Penghantaran latihan bagi skim-skim di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan.
Penghantaran wakil-wakil persatuan yang memerlukan dan mengikut kesesuaiannya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh jabatan ini atau tawaran-tawaran luar yang diterima dari pihak-pihak yang berkenaan.